Dasar Privasi Tambahan untuk Filipina

Tarikh Kuat Kuasa: 01/11/2022

Tambahan kepada Dasar Privasi global kami ini terpakai kepada pemprosesan maklumat peribadi di Filipina atau untuk penduduk Filipina dan hendaklah dibaca bersama dengan Dasar Privasi global kami.
Untuk tujuan Dasar Privasi Tambahan ini, undang-undang yang terpakai hendaklah termasuk Akta Privasi Data Filipina 2012 (DPA), Kaedah dan Peraturan Pelaksanaannya, dan terbitan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Privasi Kebangsaan (NPC).

KAWALAN DAN PILIHAN ANDA

Anda juga mempunyai hak untuk mengakses, membetulkan dan memadam apa-apa maklumat peribadi yang kami proses, serta hak untuk membuat aduan, apabila wajar, kepada pihak berkuasa kawal selia yang sewajarnya.

ASAS UNDANG-UNDANG UNTUK PEMPROSESAN

Maklumat peribadi anda digunakan untuk menyediakan kepada anda produk dan perkhidmatan Disney yang anda minta. Ia juga boleh digunakan untuk mematuhi kewajipan undang-undang yang mana kami tertakluk atau untuk memenuhi kepentingan sah kami, dan/atau untuk memperibadikan pengalaman anda, membangunkan dan menambah baik perkhidmatan kami atau untuk mengesan aktiviti-aktiviti yang melanggar undang-undang. Dengan persetujuan terdahulu daripada anda, ia juga boleh digunakan untuk menghantar tawaran dan promosi kepada anda.

PEGAWAI PRIVASI DATA

Jika anda mempunyai komen atau soalan tentang Dasar Privasi Tambahan ini, sila hubungi pegawai privasi data Filipina kami di TWDC.DPO.PH@disney.com atau melalui surat kepada kami di alamat berikut:

Alamat Pos: 1 Fusionopolis View, #06-01 Eclipse, Singapura, 138577

Pelanggan Disney+

Jika anda ialah seorang pelanggan perkhidmatan Disney+ yang tinggal di luar Filipina, data peribadi anda dikawal oleh:

  • The Walt Disney Company (Southeast Asia) Pte Limited
    One Fusionopolis View,
    #06-01 Eclipse,
    Singapore, 138577

Jika anda mempunyai sebarang komen atau soalan tentang langganan anda dengan Disney+, sila hubungi khidmat sokongan pelanggan di PHhelp@disneyplus.com. Apabila menghubungi kami, sila nyatakan nombor telefon mudah alih anda yang berdaftar dengan Disney+, supaya kami boleh mengesahkan akaun anda.

Kembali ke Atas back-to-top