Tarikh Kuat Kuasa: 21/03/2023
Tambahan ini kepada Dasar Privasi global kami diguna pakai kepada pemprosesan maklumat peribadi di Malaysia atau pemastautin Malaysia dan hendaklah dibaca bersama dengan Dasar Privasi global kami.
KAWALAN DAN PILIHAN ANDA
Anda juga mungkin mempunyai hak untuk mengakses, membetulkan atau membuat aduan berhubung dengan maklumat peribadi dengan menghantar e-mel kepada Pegawai Privasi Data.
PEGAWAI PRIVASI DATA
Jika anda ada komen atau soalan tentang Dasar Privasi ini, sila hubungi pegawai privasi data Malaysia kami di TWDC.DPO.MY@disney.com atau hubungi +60 3 2725 3399 antara 9 pagi hingga 11 malam.
PELANGGAN DISNEY+ HOTSTAR
Jika anda ialah seorang pelanggan perkhidmatan DISNEY+ HOTSTAR yang bermastautin di Malaysia, data peribadi anda dikawal oleh:
- The Walt Disney Company (Southeast Asia) Pte Limited
One Fusionopolis View,
#06-01 Eclipse,
Singapore, 138577
Jika anda ada sebarang komen atau soalan tentang langganan anda dengan Disney+ Hotstar, sila hubungi khidmat sokongan pelanggan di disneyplus.my@hotstar.com. Apabila menghubungi kami, sila nyatakan nombor telefon mudah alih anda yang berdaftar dengan Disney+ Hotstar, supaya kami boleh mengesahkan akaun anda.