Tarikh Kuat Kuasa: 6 Oktober 2026
Tambahan kepada Dasar Privasi global kami ini terpakai bagi pemprosesan maklumat peribadi di Malaysia atau maklumat penduduk Malaysia, dan hendaklah dibaca bersama dengan Dasar Privasi Global kami.
KAWALAN DAN PILIHAN ANDA
Anda juga mungkin mempunyai hak untuk mengakses, membetulkan, atau mengemukakan aduan berhubung maklumat peribadi yang kami proses dengan melayari TWDC General Data Subject Rights. Sebelum menyelesaikan permintaan anda, kami mungkin perlu mengesahkan identiti anda atau identiti wakil sah anda. Kami akan menghantar pautan kepada anda untuk mengesahkan alamat e-mel anda dan mungkin meminta dokumentasi atau maklumat tambahan semata-mata untuk tujuan pengesahan identiti anda.
PEGAWAI PRIVASI DATA
Jika anda mempunyai komen atau pertanyaan mengenai Dasar Privasi ini, sila hubungi pegawai privasi data kami bagi Malaysia di TWDC.DPO.MY@disney.com.
PELANGGAN DISNEY+
Jika anda merupakan pelanggan perkhidmatan Disney+ yang menetap di Malaysia, maka data peribadi anda dikawal oleh:
- The Walt Disney Company (Southeast Asia) Pte Limited
One Fusionopolis View,
#06-01 Eclipse,
Singapura, 138577
Jika anda mempunyai sebarang komen atau pertanyaan mengenai langganan Disney+ anda, sila hubungi perkhidmatan sokongan pelanggan di Contact Us. Apabila menghubungi kami, sila nyatakan e-mel yang didaftarkan dengan Disney+ atau nombor mudah alih anda (jika anda tidak mempunyai e-mel yang didaftarkan dengan Disney+), supaya kami dapat mengesahkan akaun anda.