SOALAN LAZIM

Ketahui tentang mengurus pilihan e-mel anda dengan The Walt Disney Family of Companies.

Kami telah memudahkan cara untuk anda menguruskan langganan e-mel Walt Disney Company anda di laman web Pilihan Privasi kami. Untuk mengakses pilihan e-mel anda, pergi ke https://privacychoices.thewaltdisneycompany.com dan mengikuti arahan untuk mendaftar masuk. Anda juga boleh menyahlanggan daripada mana-mana pengirim dengan mengklik pautan Nyahlanggan di bahagian bawah sebarang komunikasi e-mel yang anda terima.

Ambil perhatian bahawa e-mel transaksi seperti resit, pemberitahuan akaun dan permintaan untuk kelulusan ibu bapa adalah tidak berdasarkan langganan dan tidak tertakluk kepada kawalan pada laman web Pilihan Privasi.

Ada soalan atau komen? Sila hubungi Perkhidmatan Tetamu.

Laman web Pilihan Privasi kami menawarkan dua kaedah untuk mendaftar masuk bagi meninjau dan menguruskan pilihan e-mel anda:

  1. Anda boleh sentiasa melog masuk dengan nama pengguna atau e-mel dan kata laluan daripada akaun anda dengan The Walt Disney Company.
  2. Jika anda tidak ingat kata laluan anda atau tidak mempunyai akaun, anda juga boleh memasukkan alamat e-mel anda di skrin log masuk kami, dan kami akan menghantar e-mel kepada anda supaya anda boleh mengakses pilihan e-mel anda tanpa kata laluan. Tidak menerima e-mel selepas permintaan dibuat? Pastikan anda semak folder spam atau folder sarap anda kerana e-mel mungkin telah dihalakan ke folder tersebut.

Jika kaedah-kaedah ini tidak menyelesaikan masalah anda atau jika anda ada soalan lain, sila hubungi Perkhidmatan Tetamu.

Walaupun kebanyakan langganan e-mel The Walt Disney Family of Companies telah digabungkan dalam laman web Pilihan Privasi kami, namun masih terdapat beberapa langganan yang perlu dikendalikan secara berasingan. Sila rujuk kepada halaman ini untuk senarai perniagaan dan pautan ke halaman pilihan mereka.

Selain itu, anda mungkin telah melanggan komunikasi daripada The Walt Disney Family of Companies, yang menyediakan kemas kini dan tawaran eksklusif daripada pengirim di seluruh The Walt Disney Company. Anda boleh menyahlanggan daripada pengirim individu yang anda tidak lagi ingin menerima e-mel daripadanya dengan mengklik pautan “nyahlanggan” di bahagian bawah setiap komunikasi, atau menyahlanggan daripada The Walt Disney Family of Companies dengan melawati laman web Pilihan Privasi kami.

Ambil perhatian bahawa e-mel transaksi seperti resit, pemberitahuan akaun dan permintaan untuk kelulusan ibu bapa adalah tidak berdasarkan langganan dan tidak tertakluk kepada kawalan pada laman web Pilihan Privasi.

Masih ada soalan atau perlukan bantuan? Sila hubungi Perkhidmatan Tetamu.

Langganan untuk komunikasi pemasaran daripada The Walt Disney Family of Companies menyediakan kemas kini secara tetap dan tawaran eksklusif yang kami fikir anda mungkin berminat atau mengenai beberapa ahli The Walt Disney Family of Companies. Ia akan sentiasa jelas untuk mengetahui ahli The Walt Disney Family of Companies tertentu yang telah menghantar komunikasi pemasaran e-mel kepada anda serta anda sentiasa boleh memilih untuk menyahlanggan daripada ahli individu tertentu atau daripada The Walt Disney Family of Companies.

Selain itu, banyak perniagaan di The Walt Disney Company menawarkan pilihan bagi anda supaya dapat mendaftarkan untuk komunikasi pemasaran e-mel yang lebih berfokus, yang terus dihantar oleh ahli individu The Walt Disney Family of Companies.  Jika anda menyahlanggan daripada ahli individu The Walt Disney Family of Companies, anda tidak akan menerima e-mel pemasaran daripada mereka walaupun jika anda masih melanggan daripada The Walt Disney Family of Companies.  Jika anda menyahlanggan daripada The Walt Disney Family of Companies, tetapi kekal melanggan daripada perniagaan individu tertentu, anda akan terus menerima e-mel pemasaran daripada perniagaan berkenaan.

Untuk menyahlanggan, anda mempunyai beberapa pilihan.

  • Untuk menguruskan komunikasi daripada perniagaan individu:
    • klik pautan “nyahlanggan” di bahagian bawah sebarang komunikasi e-mel pemasaran yang anda terima
    • lawati laman web Pilihan Privasi kami dan “nyahlanggan” menggunakan kotak semak di sebelah kiri nama perniagaan yang anda ingin nyahlanggan
  • Untuk menguruskan komunikasi daripada The Walt Disney Family of Companies di laman web Pilihan Privasi kami
    • Klik “nyahlanggan” menggunakan kotak semak di sebelah kiri The Walt Disney Family of Companies
  • Untuk menghentikan penerimaan semua e-mel pemasaran daripada kami, klik “Nyahlanggan daripada Semua”

Dasar Privasi kami menjelaskan subsidari atau entiti gabungan The Walt Disney Company tertentu yang bertanggungjawab untuk maklumat peribadi yang dikumpulkan dan digunakan dalam lingkungan skop dasar tersebut.  Masih ada soalan atau perlukan bantuan? Sila hubungi Perkhidmatan Tetamu.

Permintaan nyahlanggan mungkin mengambil masa sehingga 10 hari perniagaan untuk diproses sepenuhnya.

Ambil perhatian bahawa anda mungkin telah melanggan komunikasi daripada The Walt Disney Family of Companies, yang menyediakan kemas kini dan tawaran eksklusif daripada pengirim di seluruh The Walt Disney Company. Anda boleh menyahlanggan daripada pengirim individu yang anda tidak lagi ingin menerima e-mel daripadanya dengan mengklik pautan “nyahlanggan” di bahagian bawah setiap komunikasi, atau menyahlanggan daripada The Walt Disney Family of Companies dengan melawati laman web Pilihan Privasi kami.

Ambil perhatian bahawa e-mel transaksi seperti resit, pemberitahuan akaun dan permintaan untuk kelulusan ibu bapa adalah tidak berdasarkan langganan dan tidak tertakluk kepada kawalan pada laman web Pilihan Privasi.

Jika anda masih menerima e-mel komersial daripada pengirim yang telah anda nyahlanggan lebih daripada 10 hari perniagaan yang lalu, sila hubungi Perkhidmatan Tetamu.

Anda mungkin telah melanggan komunikasi daripada The Walt Disney Family of Companies, yang menyediakan kemas kini dan tawaran eksklusif daripada pengirim di seluruh The Walt Disney Company. Anda boleh menyahlanggan daripada pengirim individu yang anda tidak lagi ingin menerima e-mel daripadanya dengan mengklik pautan “nyahlanggan” di bahagian bawah setiap komunikasi, atau menyahlanggan daripada The Walt Disney Family of Companies dengan melawati laman web Pilihan Privasi kami.

Ambil perhatian bahawa e-mel transaksi seperti resit, pemberitahuan akaun dan permintaan untuk kelulusan ibu bapa adalah tidak berdasarkan langganan dan tidak tertakluk kepada kawalan pada laman web Pilihan Privasi.

Masih ada soalan atau perlukan bantuan? Sila hubungi Perkhidmatan Tetamu.

Kembali ke Atas back-to-top