Takrifan

Maklumat Agregat

Maklumat agregat bermaksud maklumat mengenai kumpulan atau kategori tetamu, yang tidak mengenal pasti dan tidak boleh digunakan secara munasabah untuk mengenal pasti identiti tetamu secara individu.

Maklumat Tanpa Nama

Maklumat tanpa nama bermaksud maklumat yang tidak mengenal pasti secara langsung atau tidak langsung dan tidak boleh digunakan secara munasabah untuk mengenal pasti identiti tetamu secara individu.

Aplikasi

Aplikasi bermaksud sebuah program atau perkhidmatan yang kami kendalikan (atau dikendalikan bagi pihak kami) yang boleh dipaparkan di pelbagai platform dalam talian, mudah alih atau platform dan persekitaran yang lain, termasuk mana-mana yang dikendalikan oleh pihak ketiga, yang membolehkan kami berinteraksi secara langsung dengan tetamu kami.

Kanak-kanak

Kanak-kanak bermaksud individu yang kami kenal pasti belum mencapai umur yang sah di sisi undang-undang untuk memberikan persetujuan terhadap pengumpulan dan pemprosesan maklumat peribadi mereka. Di Amerika Syarikat, istilah “kanak-kanak” merujuk kepada individu di bawah umur 13 tahun.

Pengawal Data

Pengawal data bermaksud anak syarikat atau entiti gabungan The Walt Disney Company yang bertanggungjawab terhadap maklumat peribadi yang dikumpulkan dan digunakan dalam skop dasar ini dari laman web dan aplikasi kami, seperti berikut:

  • Sekiranya anda menetap di Eropah, Timur Tengah atau Afrika:
    The Walt Disney Company Limited
    (Company Number 530051)
    3 Queen Caroline Street
    Hammersmith
    London
    W6 9PE
    help@disney.co.uk
  • Sekiranya anda tinggal di Amerika Latin:
    The Walt Disney Company (Argentina) S.A.
    Tucumán 1, Piso 4º (C1049AAA)
    Ciudad Autónoma de Buenos Aires
    Argentina
    Latam.privacidad@disney.com
  • Sekiranya anda pelanggan EU yang melanggan perkhidmatan Disney+ dan mendiami di luar United Kingdom, data peribadi anda juga dikawal bersama olea:
    The Walt Disney Company (Benelux) B.V.
    (Nomor Perusahaan 34076102)
    Asterweg 15S
    1031 HL Amsterdam
    Belanda
    help@disneyplus.com
  • AS, Kanada dan Negara-Negara Lain:
    Disney Interactive
    500 South Buena Vista Street
    Mail Code 7667
    Burbank, CA 91521-7667
    United States of America
    ms_support@help.go.com

Pemproses Data

Pemproses data ialah individu atau entiti yang memproses maklumat peribadi bagi pihak pengawal data (atau pengawal-pengawal data) dan dibenarkan untuk melaksanakan pemprosesan data hanya sepertimana yang diarahkan oleh pengawal data.

Alamat IP

Alamat IP dikaitkan dengan titik akses yang anda gunakan untuk memasuki Internet dan biasanya dikawal oleh Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP) anda, syarikat anda atau universiti anda. Kami mungkin akan menggunakan alamat IP untuk mengumpul maklumat mengenai kekerapan tetamu kami mengunjungi pelbagai bahagian laman web dan aplikasi kami dan kami mungkin akan menggabungkan alamat IP dengan maklumat peribadi.

Anggota

Anggota bermaksud anak syarikat atau entiti gabungan yang merupakan sebahagian daripada The Walt Disney Family of Companies.

Ibu Bapa

Ibu bapa bermaksud ibu atau bapa atau penjaga sah.

Maklumat Peribadi

Maklumat peribadi bermaksud maklumat yang mengenal pasti (sama ada secara langsung atau tidak langsung) identiti individu tertentu, seperti nama individu, alamat surat menyurat, alamat e-mel dan nombor telefon. Apabila maklumat tanpa nama dikaitkan dengan maklumat peribadi secara langsung atau tidak langsung, maklumat yang dihasilkan juga dianggap sebagai maklumat peribadi.

Forum Umum

Laman web dan aplikasi kami mungkin menawarkan papan mesej, halaman perbualan, blog, bilik sembang, persekitaran komuniti sosial, halaman profil dan forum lain yang tidak mempunyai khalayak yang terhad. Sekiranya anda memberikan maklumat peribadi ketika anda menggunakan mana-mana ciri ini, maklumat peribadi tersebut mungkin akan disiarkan secara terbuka dan sebaliknya didedahkan secara tidak terhad kepada penggunaannya oleh kami atau pihak ketiga.

The Walt Disney Family of Companies

The Walt Disney Family of Companies merujuk kepada The Walt Disney Company dan anak syarikatnya dan entiti gabungannya, yang menawarkan produk dan perkhidmatan mereka di bawah pelbagai nama jenama. Syarikat-syarikat ini terlibat dalam beberapa perniagaan, termasuk taman tema dan pelancongan, wayang gambar dan televisyen, penerbitan, produk konsumer dan perkhidmatan interaktif. Jenama The Walt Disney Company termasuk, antara lain, seperti berikut:

  • ABC Entertainment
  • ABC News
  • Adventures by Disney
  • Aulani, a Disney Resort & Spa
  • Bamtech Media
  • Bindass
  • Buena Vista Catalog Company (including Disney Movie Club)
  • D23 | The Official Disney Fan Club
  • Disney Baby
  • Disney Channels & DisneyNOW
  • Disney Cruise Line
  • Disney Digital Network
  • Disney Family Movies
  • Disney Movie Insiders
  • Disney on Broadway
  • Disney on Ice and Disney Live!
  • Disney PhotoPass Service
  • Disney Rewards Visa Card
  • Disney Store
  • Disney Vacation Club
  • Disney+
  • Disneyland Paris
  • Disneyland Resort
  • DisneyLife
  • El Capitan Theatre
  • ESPN
  • ESPN CricInfo
  • ESPN Deportes
  • ESPN+
  • FiveThirtyEight
  • Freeform
  • FX Networks
  • Genx Entertainment Limited
  • Hollywood Records
  • HULU
  • Hungama TV
  • Lucasfilm (Star Wars)
  • Marvel
  • Marvel Shop
  • Marvel Digital Comics
  • Muppets
  • National Geographic
  • Pixar Animation Studios
  • Radio Disney
  • Read Riordan
  • The Undefeated
  • 30 for 30 Podcasts
  • United Home Entertainment Private Limited
  • UTV Software Communication Limited
  • Walt Disney Pictures
  • Walt Disney Studios Home Entertainment
  • Walt Disney World Resort
Kembali ke Atas back-to-top