TEKNOLOGI PENJEJAKAN DALAM TALIAN DAN PENGIKLANAN

1. HAK DAN KAWALAN ANDA UNTUK TEKNOLOGI PENJEJAKAN DALAM TALIAN DAN PENGIKLANAN

Kami, pembekal perkhidmatan tertentu yang beroperasi bagi pihak kami dan pihak ketiga mengumpul maklumat tentang aktiviti anda atau aktiviti pada peranti yang dikaitkan dengan anda, pada laman web dan aplikasi kami serta laman web dan aplikasi pihak ketiga dengan menggunakan teknologi penjejakan seperti kuki, piksel, tag, kit pembangunan perisian, antara muka program aplikasi dan suar Web. Kami mungkin mengumpulkan maklumat sama ada anda melog masuk atau berdaftar dan mungkin mengaitkan data penjejakan ini dengan akaun pendaftaran anda (jika anda ada). Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai teknologi penjejakan dalam talian dan pengiklanan, sila lawati Bahagian 2 Tentang Teknologi Penjejakan Dalam Talian dan Pengiklanan di bawah.

Anda mungkin berhak untuk menarik diri daripada “pengiklanan yang disasarkan,” “penjualan” atau “perkongsian” maklumat peribadi atau untuk menolak pengumpulan dan pemprosesan maklumat anda oleh kategori teknologi pengesanan tertentu. Dalam bidang kuasa tertentu di luar Amerika Syarikat, kawalan tambahan dan pilihan berkaitan teknologi penjejakan dalam talian dan pengiklanan mungkin dinyatakan dalam dasar privasi tambahan atau dasar kuki khusus negara yang boleh diakses di bahagian pembawah laman web kami dan tetapan aplikasi.

Selaras dengan undang-undang yang diguna pakai, kawalan dan pilihan anda mungkin termasuk yang berikut:

Wilayah Kawalan dan Pilihan Anda Cara Melaksanakan Kawalan dan Pilihan Anda
Amerika Syarikat Mengawal Pengiklanan Sasaran, Jualan atau Perkongsian Data Anda berhak untuk menarik diri daripada penggunaan data tertentu. Klik pada “Jangan Jual atau Kongsi Maklumat Peribadi Saya” atau “Kawalan Privasi Anda” dalam pembawah laman web atau tetapan aplikasi kami untuk membuat atau mengemas kini pilihan anda. Anda boleh mengetahui lebih lanjut dengan menyemak notis Jangan Jual atau Kongsi Maklumat Peribadi Saya dan Hak Tarik Keluar Pengiklanan Sasaran kami.
Kanada Mengurus kuki Jika tersedia, sila semak tetapan platform pengurusan persetujuan kuki pada perkhidmatan dalam talian kami yang boleh diakses oleh anda untuk butiran lanjut tentang pengkategorian kuki dan kawalan serta pilihan anda.
UK & EU Menguruskan pilihan anda berkenaan dengan teknologi penjejakan Anda berhak untuk menolak pengumpulan tersebut atau menarik balik persetujuan anda untuk memproses maklumat anda oleh kategori tertentu teknologi penjejakan. Sila semak tetapan platform pengurusan persetujuan kuki pada perkhidmatan dalam talian kami yang boleh diakses oleh anda untuk butiran lanjut tentang pengkategorian kuki dan kawalan serta pilihan anda. Anda boleh mengetahui lebih lanjut dengan menyemak semula Dasar Kuki kami.

 

2. TENTANG TEKNOLOGI PENJEJAKAN DALAM TALIAN DAN PENGIKLANAN

Teknologi penjejakan biasanya digunakan untuk menyediakan, menganalisis dan menambah baik perkhidmatan kami: memperibadikan kandungan atau pengiklanan pada laman web kami dan laman pihak ketiga serta menyediakan ciri media sosial.

Data penjejakan ini boleh digunakan untuk pelbagai tujuan termasuk, sebagai contoh, untuk:

  • Menyediakan beberapa ciri berguna untuk memudahkan pengalaman anda apabila anda kembali ke laman web dan aplikasi kami (contohnya, mengingati maklumat penghantaran anda untuk pembelian masa depan);
  • Menyampaikan kandungan dan pengiklanan yang berkaitan berdasarkan pilihan anda, corak penggunaan dan lokasi;
  • Memantau, menilai, mengukur dan mengoptimumkan penggunaan dan pengendalian laman web dan aplikasi kami serta pengiklanan yang anda lihat; dan
  • Menganalisis trafik pada laman web kami dan pada laman pihak ketiga.

Kami mungkin menggunakan maklumat peribadi anda untuk menyampaikan pemasaran dan pengiklanan yang berkaitan kepada anda di kaman web kami serta pada laman web dan aplikasi pihak ketiga. Kami mungkin menyediakan media sosial dan platform lain dengan maklumat peribadi yang terhad, seperti pengecam tertentu atau alamat e-mel tercincang anda, yang dipadankan dengan profil pelanggan mereka. Berdasarkan ini, platform mungkin memaparkan iklan kami kepada anda, mencari pengguna lain yang mungkin menikmati iklan kami, menyekat iklan kami untuk anda dan memberikan kami maklumat tentang cara mengoptimumkan serta menyasarkan pengiklanan kami dengan lebih baik.

Kembali ke Atas back-to-top